Masak lemak rebung memang sedap dan digemari oleh kebanyakan
masyarakat di negara kita. Kebanyakan bekalan rebung mentah di dapati
dari peraih yang mencari bahan tersebut di kawasan hutan yang banyak
ditumbuhi pokok buluh. Rebung biasanya diambil dari pokok buluh muda
samada dari jenis buluh betong, buluh beting atau buluh tumpat .
Pada masa ini rebung buluh madu sangat popular terutamanya di
bahagian utara Semenanjung Malaysia yang mana rebung madu sering
dijadikan menu utama dalam majlis kenduri kendara.Oleh kerana permintaan
yang semakin meningkat dan bekalan rebung yang berkurangan, terdapat
pengusaha yang telah mengusahakan pengeluaran rebung secara komersil
dengan menanam di ladang.
Bagi satu ekar ( 0.4 hektar ) tanah sebanyak 113 rumpun buluh mampu
ditanam dengan jarak 16 kaki x 24 kaki dan rebung mula berhasil setelah
8 bulan ditanam.Pembajaan hanya dilakukan dengan menabur baja organik
dua kali setahun. Pada umur 2 tahun setiap rumpun buluh mampu
mengeluarkan 3 - 5 kg rebung sebulan. Dengan harga RM5.00 sekilogram
pengusaha dapat memperolehi pendapatan lebih RM2,000.00 sebulan bagi
keluasan seekar tanaman buluh rebung madu. Oleh yang demikian tanaman
buluh rebung madu ini berpotensi diusahakan di kawasan tanah terbiar,
selingan tanaman getah, dusun buah-buahan atau keliling rumah sebagai
lanskap kerana tanaman ini hanya memerlukan penyelenggaraan yang mudah
dan murah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan