Tahun lepas,aku menanam
sebatang buluh madu...kini pohon buluh itu sudah merimbun dan membuahkan
hasilnya..memang cukup untuk bekalan sekeluarga,..ada sahaja tunas
rebung setiap minggu,..kadang-kadang tidak termakan. Rupanya rebung madu
ini juga mempunyai banyak khasiatnya. Rebung madu mempunyai banyak
serat dan karbohidrat komplek yang boleh membantu mengurangkan kolestrol
dalam darah, dan secara tidak langsung mengurangkan risiko sakit
jantung.
Tunas buluh atau dikenali dengan nama rebung selalunya dijadikan
sayur dalam masakan. Rebung madu biasanya dimasak kari, lemak, kerabu
atau dijadikan ulam-ulaman. Ia sebenarnya kaya dengan serat dan
dikatakan boleh mengurangkan kadar kolestrol.Banyak lagi khasiat rebung
madu yang belum dikupas. Ada yang mengatakan ia baik untuk penyakit
batuk berkahak demam, mencegah sembelit dan kanser kolon.
Wallahualam.Kadar air didalamnya juga tinggi iaitu sekitar 90%. Rebung
madu juga mengandung protein, karbohidrat, lemak vitamin A, thiamin,
riboflavin, vitamin C, serta mineral lain seperti kalsium, fosfor, besi,
dan kalium. Kandungan kalium dalam rebung cukup tinggi, yaitu 533 mg
per 100 gram rebung.