Rabu, 31 Oktober 2012

Khasiat Rebung Buluh Madu



Tahun lepas,aku menanam sebatang buluh madu...kini pohon buluh itu sudah merimbun dan membuahkan hasilnya..memang cukup untuk bekalan sekeluarga,..ada sahaja tunas rebung setiap minggu,..kadang-kadang tidak termakan. Rupanya rebung madu ini juga mempunyai banyak khasiatnya. Rebung madu mempunyai banyak serat dan karbohidrat komplek yang boleh membantu mengurangkan kolestrol dalam darah, dan secara tidak langsung mengurangkan risiko sakit jantung.




Tunas buluh atau dikenali dengan nama rebung selalunya dijadikan sayur dalam masakan. Rebung madu biasanya dimasak kari, lemak, kerabu atau dijadikan ulam-ulaman. Ia sebenarnya kaya dengan serat dan dikatakan boleh mengurangkan kadar kolestrol.Banyak lagi khasiat rebung madu yang belum dikupas. Ada yang mengatakan ia baik untuk penyakit batuk berkahak demam, mencegah sembelit dan kanser kolon. Wallahualam.Kadar air didalamnya juga tinggi iaitu sekitar 90%. Rebung madu juga mengandung protein, karbohidrat, lemak vitamin A, thiamin, riboflavin, vitamin C, serta mineral lain seperti kalsium, fosfor, besi, dan kalium. Kandungan kalium dalam rebung cukup tinggi, yaitu 533 mg per 100 gram rebung.

Selasa, 30 Oktober 2012

Masak lemak rebung memang sedap dan digemari oleh kebanyakan masyarakat di negara kita. Kebanyakan bekalan rebung mentah di dapati dari peraih yang mencari bahan tersebut di kawasan hutan yang banyak ditumbuhi pokok buluh. Rebung biasanya diambil dari pokok buluh muda samada dari jenis buluh betong, buluh beting atau buluh tumpat .
Pada masa ini rebung buluh madu sangat popular terutamanya di bahagian utara Semenanjung Malaysia yang mana rebung madu sering dijadikan menu utama dalam majlis kenduri kendara.Oleh kerana permintaan yang semakin meningkat dan bekalan rebung yang berkurangan, terdapat pengusaha yang telah mengusahakan pengeluaran rebung secara komersil dengan menanam di ladang.
Bagi satu ekar ( 0.4 hektar ) tanah sebanyak 113 rumpun buluh mampu ditanam dengan jarak 16 kaki x 24 kaki dan rebung mula berhasil setelah 8 bulan ditanam.Pembajaan hanya dilakukan dengan menabur baja organik dua kali setahun. Pada umur 2 tahun setiap rumpun buluh mampu mengeluarkan 3 - 5 kg rebung sebulan. Dengan harga RM5.00 sekilogram pengusaha dapat memperolehi pendapatan lebih RM2,000.00 sebulan bagi keluasan seekar tanaman buluh rebung madu. Oleh yang demikian tanaman buluh rebung madu ini berpotensi diusahakan di kawasan tanah terbiar, selingan tanaman getah, dusun buah-buahan atau keliling rumah sebagai lanskap kerana tanaman ini hanya memerlukan penyelenggaraan yang mudah dan murah.
 

Buluh Madu




Buluh madu bukan buluh perindu...
Inilah blog pertamaku
 Dari utara sampai selatan, melintasi lautan cina selatan . dibawah bayu hingga bumi kenyalang... pasti kenal dengan rebung......

Haendak diceritakan akan keenakan dan kesedapan rebung buluh madu yang di masak dengan perut lembu atau udang.... fuuuuhhhh


rebung buluh madu


Inilah pokok buluh madu yang aku tanam kat belakang rumah ,,,, dah banyak kali ambil rebungnya


 
fuhhh memang sedap masak lemak camni......